Thursday, February 16, 2012

HRC PENANG

Hi ppl,


Happy weekend u ols, senyum2 sokmo. This week adalah minggu stress melampau. So aku cuti 4 hari nak balun enjoy sambil2 release tension. Beku otak wei.... Serious aku jarang dapat keluar pegi berjimba. Pertamanya sebab keje aku tak menentu. Weekend pun keje. Yang sedihnya aku tak berapa meriah sangat dengan kawan2. Bukan tak ada kawan, tapi semua jenis yang workaholic. Hahaha.. Boring kan.



Hi si tembam. Muah2 sikit. Ok si tembam dari KL semalam shoot turun Penang. Memang dah planning nak pergi berjimba berdua je. Al-maklumlah jarang2 jugak nak berjumpa. Dia sibuk study aku lak sibuk keje. So this 4 days siap la kau tadah kaki kau yang comel itu untuk aku bawak jalan2 pusing Penang. Muahaha..



Semalam lepas jemput si tembam, we ols balik umah dulu. Mandi2 dan makan2 dulu. Midnight tu we ols pegi Batu Ferringhi saje nak lepak2 tepi pantai. Sebelum tu jalan2 di Sidewalk Bazaar. It happens daily from 6pm until after midnight. Memang panjang bazaar ni. Kejang kaki nak jalan dari hujung sini sampai hujung sinun. So suku jalan je, masa sampai tu pun banyak gerai dah nak tutup. Ala.. kita bukan pelancong so tak da la nak jakun sangat. Hahaha.. Best jugak santai memalam sambil berjalan jamu mata tu hirup mee maggie cup. Wah macam pelancong uuuuu.... Perasan!

Lewat sket member adik aku halo2 nak join we ols lepak. Pucuk dicita ulam mendatang. Sila2.. Betul ke peribahasa tu. Lantak! Janji aku paham. Huhu.. Menjamu selera kat mamak atas sikit dari Batu Ferringhi. Itu je kedai yang bukak pun. Pekena roti canai perghhh.. Nak muntah aku. Disebabkan orang belanja telan sambil kemut2 muka. Huwaaa.. Thank you cikgu belanja we ols roti canai mamak.

Malam tu masa nak gerak balik we ols follow kawan adik aku. Dia nak balik ke Balik Pulau. We ols nak ke Bayan Baru. Meraung aku ikut jalan berbukit2 dan berbengkang benkok. Nasib dulu Micheal Shumicheal dah ajar macam mana nak kona baring sambil drift. Sumpah tak nak lalu jalan tu dah. Seram weh lalu pukul 2 pagi dengan sebijik kenderaan pun tak da. Celah2 tu nampak pulak hanjing2 dok lepak tengah2 jalan. Ya rabbi, luruh jantung tau!




Aku kan si pemalas, so boleh lah aku harung 1 entry dengan 2 hari terus. Act, we ols nak sangat pegi Toys Museum. Batu Ferringhi lagi. Hellooooo cik kak, semalam dah kesana, hari ni lagi. Jemu ok! Pedulik! Kete dah macam belacan, singgah cuci kete dulu yang 4 hinggit tu. Sap sap soi dah siap.. moh la kita ke sana lagi.



Eiii... lawanya! Serious jakun gile aku time ni. Selalu lalu je tapi tak pernah singgah pun. Ceteka ceteka kat mana ni??????





























Scroll please

































If dah nampak guitar tu confirm dah tau. Hard Rock bebeh! 3 finger up please. Yeyehhh.... Sampai2 HR tak tau nak pergi mana. Erh nak lepak HRC ke. Hotak tengah2 hari ada plak orang berdisco kan. Muahaha.. Takpe kita parking dulu. Tak ramai pun time we ols sampai tu. First aku dah nampak HR Shop! Makai.. nak pitam aku tengok. Nak je lari masuk dalam tu pastu try baju HR satu2. Kang orang kata aku lembu terlepas kandang kan. So slow2 buat muka serupa ala.. gua dah sampai sini banyak kali. Rilex2 sudaaaa... Hypocrite sangat lah...



Dari hari tu aku dok usha je baju HR kat FB. Tapi tak da masa nak pegi. Bila ada masa ke sana, duit lak tak berapa nak meriah. Huwaa.. sedihnya. So masuk tengok2 je lah. Makai, SA dalam tu handsome2 and cun2. Tak beli pape pun x pe janji layanan memang tip top. Bla bla bla SA tu terangkan kat we ols. Mula la speaking KL weh. Haremmmmm... Tergeliat lidah aku. Kalau dorang tau ceq ni mai dari sini mampoih kena penyepak! Hahaha.. SA tu pun bantai speaking KL jugak. 2 X 5 derrrrr! Geli tau..



Walawei.. cool hah? Tak sah pegi HR tak amek gambar kat sini. Time ni memang panas terik kot. Abis meleleh peluh. Basah tiak tau! Muahaha.. Demi HR ku gagahi jua senyum. Peace yooo..



Hard Rock Shop. Horror kan. Nothing much but ok2 je lah. Ada t-shirt yang berkenan tapi nanti2 lah. Pity me..




Ambik gambar dengan pasu gedabak ni pulak. Semua pelusuk HR ada pasu ni. Comel tau! Orang yang kat sebelah pasu tu pun comel tak? Ahaks!



Ok ni Rock Cafe. Memula aku buka pintu HRC pastu nampak botol2 wine. Laju tutup pintu tu balik. Tanjat mak tau! Macam tak biasa lak nampak benda alah tu. Bukan apa excited nak masuk, sebab SA tu kata, akak kat HRC pun ada HR shop lagi satu kat lobby. Tu yang aku terjojol kat situ. Tak pe lah next time je masuk. Masuk tengah2 hari apa jadah nya lak. Huhu..



Statue of king of pop himself Micheal Jackson. Tak paham aku kenapa perlu letak MJ kat sini, letak Jamal Abdillah ke Amy Search ke.. Confirm tak da tourists nak datang. Maafkan saya wahai artis2 malaysia. Maafkan saya. Oklah tak sesuai pulak kan. Dah nama pun statue. Mestilah orang2 timuran tak sesuai ye dak..



Moh la balik demok comel.. Moh2..



Demok tanya jalan nak ke Toys Museum ok! Entah macam mana dah 2 kali aku lalu dari semalam tak nampak Toys Museum. Waduh gawat seh. Last2 demok belagak macam orang KL tanya akak senah jual air tepi jalan tu. Padahal plat kete Penang weh... Sumpah aku dalam kete dah gelak2. Berlakon mesti confident bai!



Lepak makan dulu. Siap berpicnic. Kau ada! Pagi tu sempat aku masak simple2. Gila kemut nak makan luar kan. Janji kenyang.



Demok dah tak sabar, dia yang sauk dulu. Takpe demok. Makan lah masakan hamba yang tak seberapa. Perrgghh...



Ini Honey Salmon. My fav ever ok! Jilat2 jari sampai ke siku makan Salmon. Sejak dua menjak ni memang aku layan gila lah Salmon. Biarpun mahal nak mampos aku tetap suka. Bukan apa, khasiat tu penting untuk tubuh badah. Cehhh!



Ni pulak potato wedges. Erh, salah. Tapi potato lah. Sedap! Tapi ni dah lembik. Makan panas2 baru layan. Telan je lah demok.



Ni untuk demok sayang. Makan ala2 baby gitu. I kan newbie chief. Jemput makan semua..



Alhamdulillah kenyang. Erh.. curl! Saje nak show off curly hair I. Cun ke? Wekkk



Last but not least terimalah anak mami tanjung. Anak mami ke!!!


Mummy mia

Saturday, February 11, 2012

MY FIRST SEED

Hi ppl,


Pompuan memang suka bunga. Aku suka bunga tapi nak tanam pokok bunga tak suka. Malas, leceh.. Hari2 nak kena siram, baja. Arghhh.. sebenarnya aku pemalas. Dulu2 aku ingat orang yang tanam pokok ni seorang yang slow motion gila kuno aku nih kan? Budget buat benda yang extreme baru lasak. Huhu..

Entah macam mana aku fall in love bila tengok bunga. Berangan nak ada garden pastu dikelilingi dengan bunga2 ala2 kat oversea. Decorate lawa2 macam english style. Eeiiii... suka berangan. Tapi sekarang dah beli pun pasu. Murah je. Pasu plastic senang jaga tak da lah nak pecah2. Semalam pegi Giant beli pasu, natural planting soil, Salvia Farinacea Seed dengan baja sekali. Ada lagi 2 pack of seeds. Sunflower if tak silap. Tapi pasu ada 1 so kita tanam dulu satu2 ye. Kalau menjadi baru tanam banyak2. Muahaha..



Sebenarnya memang tak ada knowledge langgung nak tanam pokok2 bunga nih. Nak google malas pulak. So macam mana aku masak macam tu jugak aku tanam pokok bunga. Redah je, ikut logic sendiri. Baca sket2 gardering tips kat seed packet tu.



Tadaaa.. inilah hasilnya. 3 layer kot aku buat. Soil, fertilizer, soil, seed, fertilizer last soil balik. Erkk.. 3 layer ke 6 layer nih? Hamtam je labuuu... Yang pasti macam tu lah cara aku. So ikut direction need to water plants at least twice daily. Harap2 it'll grow well.



Memangangkan rumah aku ni stock tak boleh bercucuk tanam so tak ada space nak letak pasu nih. Jadinya aku hang je kat tempat ampaian tu. Cayalah... Berbunga ye wahai bungaku.. Ewahh

Mummy mia

Friday, February 10, 2012

PE'EL SI HOUSE-MATE KU YANG VERY MANJA

Hi ppl,

Erh bukan nak mengumpat ke hapa tapi nak luahkan perasaan je. Bukan apa, dah tak tahan dengan orang yang tak tau jaga kebersihan ni. Aku jenis yang cerewet sket. Sebab tu dari dulu aku nak cari partner biar lah yang perbersih macam aku jugak. Pembersih ke?

Walaupun aku ni kadang2 baju bersepah jugak kat dalam bilik tapi ringan tulang nak kemas balik. Tak da lah nak biar bertapuk lelama. Al-kisah house-mate aku nih sorang. Sudah la pompuan buat perangai macam tu. Erh terngumpat pulak. Dari dulu aku pilih untuk duduk sorang2 dari berkongsi. Nak2 aku tau dia ni jenis yang suka bergantung pada orang lain dan jenis yang cincai bocai. Apa2 pun dia tak kisah janji ada tempat tidur nak dapat makan. Hal2 sekitar memang dia tak ambik pot langsung.

Memandangkan hari tu aku urgent nak cari rumah, so kebetulan dia pun sama mencari, last2 aku pun pelawa lah dia dok sekali walaupun aku da tau derita menanti. Yuhuuuu.... Meh aku listkan pe'el house-mate aku nih.

1. Semua barang di dalam rumah tu aku yang punya walhal nama pun berkongsi. Tapi dia bley buat derkkkkkkk je. Lebih kurang lantak kau la. Kau nak rumah tu lengkap kau beli sendiri. Begitulah prinsip dia. So memula aku boleh terima lagi sebab time tu dia baru start keje. So assume dia xda duit nak beli itu ini. Dah masuk bulan kedua. Macam tu jugak. Habuk pun tara. Sebenarnya 1st we ols masuk rumah tu memang xda apa2 pun. Wah.. dia siap datang berlenggang kangkong ok! Bawak 1 beg baju dan beg galas yang x tau isi apa. Bantal tidur pun pinjam aku okeh! Dahsyat... So aku buat rules, aku da beli TV, dapur, heater, iron, rak TV, carpet, air cooler. So kira dah agak lengkap. Kau beli beli washing machine aku pulak beli fridge. Adil kan. So aku decided 2nd month I've bought it. So dia pun berjanji akan beli tikar getah and washing machine. Dah tu tanya aku bley tak nak beli semi-auto. Lantak kau lah, duit kau. Kalau aku memang nak auto. Tet tet tet.. biar je then siap. Semi-auto leceh nak pergi check selalu. Tapi disebabkan duit dia so ikut kau. Tapi sampai sekarang tinggal janji kosong. Aku dah pun tunai janji aku. Owh tipah tertipu! Bila aku dah tau pe'el si minah ni, aku pun nak berkeras. Kalau x naik lemak dia. So aku tak perlawa dia gunakan rice cooker aku. Hamek kau. Masak la dalam periuk gas. Haha.. Jahat kan.

2. Ini lagi serious, Sudah barang2 dalam rumah dia tak beli. Tetiba one day we ols kuar beli barang dapur. Sekali dia cakap, erh nanti kita kongsi lah minyak masak ye. Tak kan nak beli sorang satu. Aku pun berkata. "Hello cik adik, cantiknya muka kau. Pandai pulak kau nak berkongsi. Duitnya mana?" Berkata dalam hati je u ols.. Terananya tau... Dah la dulu janji nak kongsi gas sesama. Last2 duit aku sorang jugak. Melampau betol kan sampai minyak masak pun tak mampu beli. OMG.......

3. Time nak bayar bil utilities. Part aku adalah untuk bayar sewa rumah. So kau bayarkan bil air. Letrik free sebab tak sampai Rm20. Bila aku dah settle part aku tetiba dengan muka sedihnya dia cakap. "Tak tau lah nak bayar bil ni kat mana." OMGGGGGGGGG sekali lagi. Hello cik adik yang manja, meh tadah muka awak dekat sikit. Kasi lempang nak? Takkan benda gitu pun aku nak ajar. Kau bukan budak2 lagi ok. Kau pegi lah bayar kat pejabat pos. Tapi aku cool lagi. Bercakap sopan santun serupa kakak mengajar adiknya pergi beli gula di kedai runcit. A few minutes later, 'Erh pejabat pos tak tau lah" Ok kali ni memang aku bagi kaki terus. Aduh dugaan apakan ini. Last2 aku letak je duit atas meja pandai2 lah kau nak bayar ye cik adik manja. Takan akak ni nak ajar kau. Makan pandai pulak tak berajar.

4. Suka bad mood. Contohnya bila balik keje. Memang lah keje tu stress tapi jangan lah bawak balik sampai ke rumah. Kalau aku tengok moncong dia tu da bley sangkut baju, aku buat derkkkk je. Kang gedik dok peramah telebih dia bolayan lak. Lagi satu dia nih jenis bila bercerita asyik nak aku je dengar. Habis bila aku bercerita dia derkkkkk je.. Erh macam tu punya orang pun ada. Benci tau!




Amacam? Cemenggah tak kain basahan main sepah je kat ampaian. Bukannya susah pun kau nak sidai molek2. Aku ni jugak yang tiap2 hari tolong sidai untuk dia. Agaknya dia tak penah perasan kot yang aku tolong sidaikan tiap2 hari ataupun dia syiok ada bibik nih yang kena buatkan untuk dia. Heloooooooooooooooo....

Mummy mia

Saturday, January 28, 2012

KONG XI FA CHAI


Hi ppl,

Lai lai lai.. siapa mau ang pow. Siapa yang keje time CNY masyuk la wa cakap lu. Bukan rejeki nak dapat triple untuk CNY sebabnya time bos aku call, aku dah pun berangkat ke Melaka. Saje je kan tak nak aku dapat triple. Anyway aku kalau dorang call last minute nak buat OT ke nak coverage ke, sorry.. bolayan.. Colleague aku berlumba2 cari OT aku rilex je. Ambik le kat korang semua. Huhu.. Orang kata aku dah kaya. Ameen.... Bagi aku bila buat OT itu sebagai side income jugak. Nak2 kilang aku tu memang kalau bagi bukan sikit2. Stock yang boleh simpan untuk bulan seterusnya. Tapi aku once cuti sokmo planning nak balik kampung la, nak pegi outing la. Ye lah bukan senang nak cuti. Bila da cuti tak nak la terganggu nak kena OT or coverage orang. Kalau ikutkan nak pakai duit tu, keje siang malam pun belum tentu cukup. So aku decided apa2 pun myself first. Rehat yang cukup penting.

Suppose to be aku keje 4 hari this week but end up my boss called ada urgent investigate untuk new product. But bukan kat department aku. So our big boss kat Intel request 3 of us prepared for new product traning. Acaner...? Kita makan gaji so kena lah ikut perintah walaupun dalam hati ni memberontak tak nak tukar department lain. Just for night shift only. For day shift will be as usual. Tapi aku tetap tak nak sebab product baru tu veryyyyyyyyyyyy tough! We already inform that the new product is so complicated and need a lot of study to be expert. Damn! Department aku sekarang senang sket sebab tak banyak facing dengan relay. But this new product masak la aku. Tension tau...

So 2 hari je bekerja, more 4 days masuk training kat main office. Hambek kau, duduk la mengadap segala schematic sampai nak termuntah hijau aku. My senior pun kena training jugak means both of us je yang advance terlebih. Orang lain belum lagi training this new product. Acecece.... So selama 4 days tu bercanda dan bermadu asmara lah dengan senior aku tuh. Lelaki okehhhhhh....

The end of training period, our manager came and give us "ang pow". Walawehhhhhh... tak sia2 aku pergi training tau. Yang betol2 nya colleague aku yang lain da dapat pun ang pow masa annual dinnel hari tu. Aku je baru nak dapat. Benci tau dorang dapat 2 kali. Anyway thank you to Mr Patric. He's our director. Tocey tocey... Tahun depan kasi lagi! Weeeee..



Ceteka berapa isi dalam tu. Jeng jeng jeng.. I simpan dalam handbag tau ang pow ni tak nak guna. I nak tunggu next ang pow baru I lebur isi dalam tu. Wahaha.

Mummy mia

Wednesday, January 11, 2012

TAK ADA COP SIRIM?


Hi ppl,

Firstly syukur kehadrat Allah s.w.t kerana diberi nafas untuk aku hidup di muka bumi ini. Malang tak berbau. Itulah yang berlaku kat aku baru2 ni. Aku menarik nafas lega sebab tak ada berlaku kecederaan kat aku. Allah tu sayangkan aku lagi. Apa yang jadi sebenarnya? Mari tengok kengkawan...






Scroll Down Please



.




.




.




.





.





.





.





.






.





.





.





.






.





.






.






.









Nampak tak apa ituuuu... Gerun tau. Rupa rice cooker aku lepas worn out. Ceritanya begini. Semalam cuti so aku kalau weekend mesti masak. So a day before aku tengok kelarah sangat lah rice cooker aku ni. Al-maklumlah asyik masak je tak pernah lap pun kan. So dengan pantas aku ambik sponge dan terus lap rice cooker aku tuh. Bukan lap bahagian luar je tau, dalam2 tu sekali. Cerdik gila kan aku. Tahniah sebab sekarang rice cooker aku tu dah berkilat2 setelah di polish. Hahaha.. Jangan ingat aku pakai sponge yang kering ok! Aku kasi lembab sket kalau tak mana nak tanggal daki dalam tu kan.

Keesokkannya, aku guna macam biasa. Elok2 tengah masak tu aku monitor jugak la rice cooker aku tu sebab takut jugak bahagian dalam tu tak kering lagi. Nasik bila nak masak ada macam wap keluar kan. So aku assume wap nasik tu kuar dengan jayanya sambil mengeluarkan bau agak2 hangit. Wah baru letak dah nak hangit ke nasik tu. Pelik sebenarnya, bukan bau hangit nasik tapi bau macam ada yang terbakar. Kejap2 aku bukak tudung periuk tu, ok bau lagi kuat. So aku panggil house-mate aku. Dia kata memang la masak nasik akan kuar wap macam tu. So tenang sikit hati aku. Terasa macam aku ni first time pulak masak nasik.

So a few minutes lagi banyak wap tu kuar. Sekali dengan bau memang sah... rice cooker aku sedang terbakar. Ni bukan wap lagi tapi asap berkepul2. Aku dah panic gila. Rasa nak terjun dari rumah aku tingkat 4 nun ha.. Takut gila ok masa nih. Kebetulan rice cooker tu betol2 rapat dengan gas tube. Masa tu terpikir rice cooker aku dah nak meletup. Aku dah lari jauh2. Nasib house-mate aku jenis hati kering. Dia pergi switch off. Aku memang pikir nak terjun dah. Hahaha... So we ols biarkan sejuk dulu. Beberapa jam tu we ols pun angkat periuk yang dalam tu. Hasilnya besi yang berfungsi sebagai heater tu dah pun leburrrrrrrrrrrrrrrr.... sampai melebur ke bawah. Tu yang u ols boleh nampak bontot rice cooker tu dah berlubang. Check punya check memang sikit lagi nak kena wayar dalam tu. Ya allah, ngerinya..... Alhamdullilah nasib we ols cepat tutup switch. Dengan gas yang ada kat bawah tu lagi. Kalau meletup memang lah. Mungkin sekarang blog ni tinggal kenangan. Huwaaa.....

We ols check kat rice cooker tu sah tak da cop sirim! Patut lah baru2 ni kuar berita ada pasaraya yang menjual alatan elektrik tak ada cop sirim. So lepas ni memang kena alert lah dengan benda2 cenggini. But I'm pretty sure penyebab utama aku pergi lap rice cooker tu. Maybe bahagian dalam belum kering yang buatkan rice cooker tu jagi camtu. Acaner...?

Mummy mia

Monday, December 19, 2011

BUNYI APA TU!

Hi ppl,


Semalam aku updated pergi pesta Sg. Nibong kan. Nak sambung cite masa on the way balik rumah tu. Masa nak pegi tadi punya lah jam nak gila bila balik alahai mana pulak kete yang berduyun2 tadi. Pusing2 tengok jam kat tangan. Renung lelalam baru nampak jarum jam. Patutlah dah pukul 2.30 pagi pun. Semua orang dah balik tdo. Aku je atas jalan dok drive nak balik umah. Kalo jalan macam ni tiap2 hari kan bagus. Sambil sengih sorang2.

Macam biasa masuk je jalan atas bukit, bila lalu kat guard mesti mata melilau cari parking. Memang parking susah gila kat sini. Silap2 haribulan parking kete kat tempat motor nun ha. Tapi sendiri ambik risiko lah kete kau kena calar. Penah dulu aku parking block tong sampah. Pepagi buta nak pegi keje tengok2 ada orang letak sampah atas bumbung kete dengan air sampah meleleh2 nya lagi. Menyirap je dengan orang yang xda hotak tu. Apa salahnya buang dalam tong sampah. Bukan aku block tong sampah tu kiri kanan. Masih ada space lagi kau nak jalan. Dengan rasa xda otak jugak aku campak je sampah tu atas jalan. Amek kau, biar orang tu tau aku marah! Marah ok. Lepas dari kejadian sampah busuk tu aku dah serik nak parking kete sebarangan, tu belum lagi aku block kete orang. Entah apa yang dorang akan buat. Memang xda otak betol orang2 kat sini.


Berbalik pada cerita tadi masa tengah2 cari parking tu, rasa memang aku kena parking kat tong sampah tapi pikir kete nanti kena simbah dengan cat merah pula baik aku parking jauh sket. Budget macam YB orang nak simbah cat merah kan. Peduli. Last2 ada satu je parking kat ujung dunia tu. Betol2 kat gate tepi bukit. Rumah aku kan atas bukit. Masa nak parking tu pikir 1000x ok. Takutnya aku, kang tengah2 kunci keta nampak plak makluk tidak berkaki bergayut kat atas pokok kat bukit tu macam mana. Kalo monyet boley accept lagi tapi kalo hannnnn.... macam mana! Boley tahan jugak imaginasi aku. Tapi aku ni jenis hati kering. Sanggup terima risiko. Malas nak pikir, tut
up lampu kete cepat2 tapi sempat lagi ambik baby wipe buang taik burung kat atas bumbung kete. Tepi parking tu ada 1 macam tangki kecik. Pastu ada dengar bunyi air menitik2. Bunyi pun dah seram tapi aku relax je lap taik burung tu. Lepas lap tu,tanpa menoleh ke belakang, aku apa lagi larikkkkkkkkkkk... Dah tu kena panjat tangga ke tingkat 3. Sampai umah termengah2 macam orang kena kejar hantu! Aku rasa hantu tengok aku lari macam orang gila pun dia dah takut nak tonjolkan dirinya. Hahahaha.. penakut jugak mummy mia kan. Sumpah lepas ni x nak parking situ lagi dah. Serammmmm.. tegak bulu2 I tau..




Tapi I penah jumpa hantu ni...





















Nak tengok?


















Kira dulu 1 , 2 , 3





















1


































2



























3













M
ummy mia

Sunday, December 18, 2011

HARI BERMALAS-MALASAN

Hi ppl,


Sunday blues lagi. Baru merasa cuti 2 hari bermula hari ni dan esok setelah 2 hari keje macam nak mati. Cuti ke x cuti
ke sama je bangun tetap awal. Mata ni dah biasa agaknya terjegil pagi2 buta asal pukul 5 lebih je automatic tangan meraba handphone tengok jam. Tak aman betol nak senang lenang bangun lambat. As usual if x keje mestilah masak. Awal2 pagi x tau pulak nak breakfast apa. Tapi x makan kang kebulur plak. Roti Gardiner yang beli ari tu dah expired sehari tapi condition ok lagi. Buat roti telur pun ok. Pepagi x payah ngada lah nak makan heavy2 kan.


Makan dah, checked email pun dah, bukak fb pun dah. Tak kan nak layan katun macam budak2 pepagi buta. Alangkah bestnya dapat jogging tepi pantai sambil hirup udara segar. Ceh macam selalu je pegi jogging. Berangan.. Bila time keje sibuk nak cuti, dah cuti mati kutu plak pikir nak buat aktiviti apa. Massage Kak Norie lama baru balas. Ingat nak ajak dia lepak kat Miami Beach tapi dia nak bawak anak comel dia tu pegi gunting rambut. Tengah2 mencari idea nak buat apa, mak called. Melompat aku mak nak datang. Yeay, x payah masak tengahari, mesti mak tapau bawak makanan banyak untuk anaknya yang kebulur ni.


Katanya pukul 2 petang sampai sini. Tergolek tertonggeng aku menunggu. Perut kemain berkriok gila lapar. Mengenang masakan mak aku pun redho je lah tdo dulu. Kesian gile. Tersedar je dah nak dekat pukul 3 petang. Check handphone x da pun msg ke missed call ke. Terasa diri ini di tipu. Kemain ayat bila sedey kan. Pasrah je lah buatkan maggie macam kat hostel dulu2. Panas air masuk je maggie tunggu 5 minit ngap. Kembang tekak tau. Lapar punya pasal makan juga dan licin! Haha.. Bila call dorang ada lagi kat rumah. Siap apa belum. Hangin je. Hangin2 pun bukak jugak laptop tengok apa2 yang patut. Dah pukul 6 lebih baru call katanya dah otw ada atas bridge. Nasib baik aku dah mandi semua.


Melompat aku bersiap. Ingat nak datang umah aku dulu, boley juga tolong fixed aku punya mangga pintu yang dah kopak tu. Jahat tau dorang tunggu aku kat tepi pantai dekat dengan Agilent tu. Macam lipas kudung pegi sana dah la weekend gate nak hala ke sana tutup. Leceh gila duduk kat area FIZ nih. Biarkan dorang pulak menunggu aku. Muahaha.. Mak bawak sambal udang, fav aku yo! Lauk lain x pandang makan nasi dengan sambal udang je. Layan gile makan kat tepi pantai time magrib. Tak pernah di buat orang ok! Janji perut kenyang.


Malam tu we ols pegi pesta kat Sg. Nibong. Tak jauh pun dari umah aku. Tapi jalan punyalah jam ya ampun. Nak je terjun dari kete pastu jalan kaki sampai tapak pesta. Kang abes pulak tenanga aku dah baru je isi tank tadi dengan super marvelous sambal udang mak kan. rugi2.. Abang aku sebijik kete aku sebijik kete. Dah jam ni tau lah, nak follow pun kena mencelah je. Kalo x sorang ke utara sorang ke selatan lah jawabnya. Abang aku ni stock yang seboleh2 nya nak parking VVIP. Depan2 pintu masuk dia nak park. Tensian aku tau. Last2 turun2 kan mak2 budak dengan yang kecik2 dulu. So aku dengan aba
ng masih cari parking macam orang gile. Dia dah kemana2 dah. Tak kosa aku nak follow dia lagi. Last2 parking jugak jauh. Menapak jauh gile ke pintu masuk.



Patutlah ramai orang, weekend rupanya. Ni pun banyak membeli barang angah untuk E-day dia. Harga boleh tahan. Murah2 jugak maybe dah ujung2 tu stock dorang nak clearance kot.


Time ni we ols pegi mamak je. Kat pelita tu ha. Asalnya nak pegi makan tomyam kat Sg Ara kedai tomyam yang debom tu.. Tapi dah pukul 1 pagi dah. Takut plak kedai tu tutup. Abang aku beriya ajak makan kat pelita nasi kandaq konon. Nak tengok bola lah tu. Mana layan makan bihun sup kat mamak kan. Tapi apa nak buat dah orang x nak pegi ikut je lah. Tetap order bihun sup. Sekali samapi makai, ni sup ke kurma. Bak kata mak aku korang makan bihun kurma ke? Gile liat dengan bau rempah mamak nya. Belasah je lah. Tapi nak habiskan tu memang kembang temolong aku ha. Masing2 x bernapsu nak makan, dah nampak bantal je time nih. Anak buah aku pun memasing dah tido.


Mummy mia