Tuesday, March 22, 2011

SITI AMINAH 4 TAHUN DI GERMANY

Hi ppl,


Suatu ketika dahulu, negara kita digemparkan dengan cerita Lepat dan isterinya, Aishah Jane. Aishah Jane melarikan Sunny, anak mereka, pulang ke negara asalnya. Aisah memberi alasannya sendiri kenapa dia perlu melarikan Sunny. Lepat juga punya sebab tersendiri, kenapa perlunya Sunny bersamanya.

Sebenarnya Sunni dilahirkan di Malaysia tetapi dilarikan ke Britain oleh Jane pada bulan Mac 1996 selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan.
Lepat menyusulnya ke Britain, tinggal di negara ini selama beberapa bulan sebelum membawa lari Sunni ke Amsterdam dan kemudian ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996. Keperitan hidup amat dirasai semasa beliau di UK sehinggalah beliau dapat melarikan Sunny.

Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester supaya Ismail memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997. Jane dan Lepat telah terlibat dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah yang agak panjang berhubung penjagaan anak. Sehingga sekarang masih tiada penyelesaian. Kes Sunni Sazali anak Ismail Ariffin atau Lepat dan Aishah Jane mungkin salah satu daripada beribu-ribu kes tuntutan Hak Penjagaan Anak di negara ini yang masih tidak menemui penghujungnya. Istimewanya Sunni kerana ibunya bangsa asing dan dia dilarikan ke luar negara. Dalam usia yang masih mentah Sunni langsung tidak tahu sejarah yang telah diciptanya. Menuding jari mencari siapa bersalah tidak mendatangkan manfaat sebaliknya menjadikan masalah semakin kusut.


Sunni Sazali

Semasa Sunny dilarikan ke UK Sunny adalah dibawah jagaan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah Pulau Pinang menetapkan Jane hanya boleh berjumpa anaknya seminggu sekali di Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang sebelum kes hak penjagaan ke atas Sunni diputuskan. Semasa wanita British itu melawat anaknya beliau telah mengambil kesempatan melarikan Sunni dan memulakan perjalanan melalui Bangkok dan wanita itu mendakwa dia tidak dibantu oleh sesiapa. Agak sukar untuk mempercayai hujah itu. Banyak persoalan timbul di sini, bagaimana Mahkamah Syariah menjaga Sunny, bagaimana polis mengawal sehingga kehilangan Sunny ketika anak itu ditempatkan di dibalai polis dan bagaimana kawalan kita sehingga wanita itu boleh melepasi sempadan. Sedangkan perjalanan dari Penang ke sempadan bukannya dekat. Banyak persepsi mengatakan seolah perjalanan mereka seperti dirancang. Apakah sebenarnya Lepat menjadi mangsa keadaan. Wallahualam. Dalam hubungan ini pasangan suami isteri yang telah berpisah harus meletakkan undang-undang di antara kasih sayang dan perasaan, kemudian tambah sedikit dengan sepakat dan persefahaman. Apa yang penting dahulukan kepentingan dan masa depan anak dalam segala hal. Bagaimanakah peranan masyarakat dan kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu seperti ini.

Lepat kini menetap di Jerman bersama isteri barunya memberitahu anak nya itu kini telah berusia 13 tahun dan amat berharap satu masa nanti dia akan dapat menemuinya. Semoga konflik keluarga ini akan berakhir satu masa nanti dan mereka akan bersatu semula. Buat masa ini beliau masih aktif sebagai pelukis dan pemuzik. -sumber berita-



Comel gile Aminah nih kan. Esok2 mesti cantik dan bijak. Tengok lah kecik2 pun dah nampak. Walaupun Lepat kehilangan anak sulungnya tapi Lepat dah di gantinkan dengan 2 orang cahaya mata yang sungguh bijik bersama isteri barunya. Go Lepat go! Fight for the right. xoxo

Mummy mia

No comments:

Post a Comment