Saturday, March 19, 2011

YOU MAKE ME CRIED

Hi ppl,


Bukan senang nak jaga anak sendiri apatah lagi anak orang. Budak2 sekarang x sama dengan budak2 zaman dulu kala. Dorang punya mentality kadang2 setanding dengan pemikiran orang dewasa. Tengok jugak pada tempat dorang di besarkan. Yes, I admit persekitaran membentuk pemikiran budak2.


Mak aku memang seorang yang sangat suka budak2. x cukup 5 orang anak, mak amek lagi 2 orang anak angkat. Abah plak jenis yang ok saje. x penah bantah malah melayan jugak budak2. Kira abah pun jenis yang easy going. Bukan mak x sayang we ols adik beradik tapi
sikap prihatin mak pada orang2 yang susah. Ye lah 2 orang anak angkat mak iaitu merangkap adik angat aku tu pun bukan dari keluarga yang senang. Instead of they from family broken.

Yang first anak angkat mak perempuan. Sekarang dah form 4 pun. Kecik2 dulu baik budi pekerti. Tapi bila da besar sket mula la besar kepala. Nak cuba itu nak cuba ini. Kita suruh buat lain, lain yang di buat.

Lepas beberapa tahun lepas tu, bertambah lagi ahli keluarga kepada 7 kesemuanya. Kali ni aku dapat adik lelaki pulak. Kehadiran x dirangcang tapi kedatangan tetap di undang. Masa first time dia datang rumah, mak bersorangan bawak balik dari Penang. Sampai rumah je aku terkejut kenapa ada budak kecik seusia 4 tahun. Comel gile tapi budak tu nampak macam blur. Mak kata dia family baru kat rumah ni. So after bla bla bla baru aku faham. Jadinya aku dah ada dua orang adik angkat. One is girl and another one is boy. Sekarang adik angkat aku yang laki tu dah pun standard 2.

Sangat manja walaupun aku ni seorang yang agak tegas kat dalam rumah tu. Hehe.. Seriously aku cakap he's very different to other kids. Sekali tengok macam budak2 lelaki yang lain jugak. Tapi di sebalik tu baru aku tau yang dia ni seorang yang banyak berfikir. Apa yang dia fikir tu seolah2 dia bukan budak yang berumur 8 tahun tapi macam budak berumur 18 tahun!


Tadi masa aku kat dapur dia datang dekat aku. Tiba2 dia tanya aku satu soalan.


..........................................................................................................................


"Kakcik apa perasaan kakcik kalau kakcik dah x da mak?"


"Kenapa Shahrul tanya
macam tu?"

"Kakcik jawab je la. Alon tanya ni."


"Mesti la sedih. Kenapa tiba2 Shahrul tanya macam tu?"


"Bukan apa, Alon rasa Alon ni anak angkat la"


"Kenapa Shahrul rasa anak angkat. Bukan Alon anak mak ke?
"

"Memang la.. Tapi dulu Alon anak mama. Pastu baba bagi Alon kat mak. Sampai skang mak la yang jaga Alon pulak."


"Hmm... kenapa Alon kata Alon anak mama? Bukan anak mak ke?"


"Ye la. Alon ingat lagi kecik2 dulu Alon duduk dengan mama kat penang. Pastu Alon pindah dok kampung. Tok Alon yang jaga Alon. Pastu mama p keje kat kl mama bagi la Alon kat mak."

"Hmmm.. Alon ingat lagi ke masa kecik2?"


"Ingat la. Tapi Alon ingat sket2. Alon rasa Alon macam anak terbuang je.."


"Kenapa cakap macam tu?"


"Ye la Alon rasa macam Alon ni anak angkat. Tu sebab aritu exam Alon x ley jawab kertas Mathematics sebab Alon asyik terpik
ir je yang Alon ni mesti anak angkat..."


............................................................................


Tetiba air mata aku menitis. Macam mana budak yang sekecil tu bley terfikir macam tu skali. Dan apa yang dikatakan tu adanya betul. Mungkin dia keliru dengan identity sendiri tapi x paham apa2 lagi. Sangat kesian sebab aku dapat rasakan apa yang dia rasa. Budak sekecik tu belum tau apa2. Mungkin bila dia dah besar akan terjawab jugak siapa dia yang sebenarnya. Walau apa yang terjadi kami sekeluarga tetap sayang dia macam keluarga kami sendiri.



Mummy mia

No comments:

Post a Comment