Wednesday, January 11, 2012

TAK ADA COP SIRIM?


Hi ppl,

Firstly syukur kehadrat Allah s.w.t kerana diberi nafas untuk aku hidup di muka bumi ini. Malang tak berbau. Itulah yang berlaku kat aku baru2 ni. Aku menarik nafas lega sebab tak ada berlaku kecederaan kat aku. Allah tu sayangkan aku lagi. Apa yang jadi sebenarnya? Mari tengok kengkawan...






Scroll Down Please



.




.




.




.





.





.





.





.






.





.





.





.






.





.






.






.









Nampak tak apa ituuuu... Gerun tau. Rupa rice cooker aku lepas worn out. Ceritanya begini. Semalam cuti so aku kalau weekend mesti masak. So a day before aku tengok kelarah sangat lah rice cooker aku ni. Al-maklumlah asyik masak je tak pernah lap pun kan. So dengan pantas aku ambik sponge dan terus lap rice cooker aku tuh. Bukan lap bahagian luar je tau, dalam2 tu sekali. Cerdik gila kan aku. Tahniah sebab sekarang rice cooker aku tu dah berkilat2 setelah di polish. Hahaha.. Jangan ingat aku pakai sponge yang kering ok! Aku kasi lembab sket kalau tak mana nak tanggal daki dalam tu kan.

Keesokkannya, aku guna macam biasa. Elok2 tengah masak tu aku monitor jugak la rice cooker aku tu sebab takut jugak bahagian dalam tu tak kering lagi. Nasik bila nak masak ada macam wap keluar kan. So aku assume wap nasik tu kuar dengan jayanya sambil mengeluarkan bau agak2 hangit. Wah baru letak dah nak hangit ke nasik tu. Pelik sebenarnya, bukan bau hangit nasik tapi bau macam ada yang terbakar. Kejap2 aku bukak tudung periuk tu, ok bau lagi kuat. So aku panggil house-mate aku. Dia kata memang la masak nasik akan kuar wap macam tu. So tenang sikit hati aku. Terasa macam aku ni first time pulak masak nasik.

So a few minutes lagi banyak wap tu kuar. Sekali dengan bau memang sah... rice cooker aku sedang terbakar. Ni bukan wap lagi tapi asap berkepul2. Aku dah panic gila. Rasa nak terjun dari rumah aku tingkat 4 nun ha.. Takut gila ok masa nih. Kebetulan rice cooker tu betol2 rapat dengan gas tube. Masa tu terpikir rice cooker aku dah nak meletup. Aku dah lari jauh2. Nasib house-mate aku jenis hati kering. Dia pergi switch off. Aku memang pikir nak terjun dah. Hahaha... So we ols biarkan sejuk dulu. Beberapa jam tu we ols pun angkat periuk yang dalam tu. Hasilnya besi yang berfungsi sebagai heater tu dah pun leburrrrrrrrrrrrrrrr.... sampai melebur ke bawah. Tu yang u ols boleh nampak bontot rice cooker tu dah berlubang. Check punya check memang sikit lagi nak kena wayar dalam tu. Ya allah, ngerinya..... Alhamdullilah nasib we ols cepat tutup switch. Dengan gas yang ada kat bawah tu lagi. Kalau meletup memang lah. Mungkin sekarang blog ni tinggal kenangan. Huwaaa.....

We ols check kat rice cooker tu sah tak da cop sirim! Patut lah baru2 ni kuar berita ada pasaraya yang menjual alatan elektrik tak ada cop sirim. So lepas ni memang kena alert lah dengan benda2 cenggini. But I'm pretty sure penyebab utama aku pergi lap rice cooker tu. Maybe bahagian dalam belum kering yang buatkan rice cooker tu jagi camtu. Acaner...?

Mummy mia

No comments:

Post a Comment