Sunday, December 18, 2011

HARI BERMALAS-MALASAN

Hi ppl,


Sunday blues lagi. Baru merasa cuti 2 hari bermula hari ni dan esok setelah 2 hari keje macam nak mati. Cuti ke x cuti
ke sama je bangun tetap awal. Mata ni dah biasa agaknya terjegil pagi2 buta asal pukul 5 lebih je automatic tangan meraba handphone tengok jam. Tak aman betol nak senang lenang bangun lambat. As usual if x keje mestilah masak. Awal2 pagi x tau pulak nak breakfast apa. Tapi x makan kang kebulur plak. Roti Gardiner yang beli ari tu dah expired sehari tapi condition ok lagi. Buat roti telur pun ok. Pepagi x payah ngada lah nak makan heavy2 kan.


Makan dah, checked email pun dah, bukak fb pun dah. Tak kan nak layan katun macam budak2 pepagi buta. Alangkah bestnya dapat jogging tepi pantai sambil hirup udara segar. Ceh macam selalu je pegi jogging. Berangan.. Bila time keje sibuk nak cuti, dah cuti mati kutu plak pikir nak buat aktiviti apa. Massage Kak Norie lama baru balas. Ingat nak ajak dia lepak kat Miami Beach tapi dia nak bawak anak comel dia tu pegi gunting rambut. Tengah2 mencari idea nak buat apa, mak called. Melompat aku mak nak datang. Yeay, x payah masak tengahari, mesti mak tapau bawak makanan banyak untuk anaknya yang kebulur ni.


Katanya pukul 2 petang sampai sini. Tergolek tertonggeng aku menunggu. Perut kemain berkriok gila lapar. Mengenang masakan mak aku pun redho je lah tdo dulu. Kesian gile. Tersedar je dah nak dekat pukul 3 petang. Check handphone x da pun msg ke missed call ke. Terasa diri ini di tipu. Kemain ayat bila sedey kan. Pasrah je lah buatkan maggie macam kat hostel dulu2. Panas air masuk je maggie tunggu 5 minit ngap. Kembang tekak tau. Lapar punya pasal makan juga dan licin! Haha.. Bila call dorang ada lagi kat rumah. Siap apa belum. Hangin je. Hangin2 pun bukak jugak laptop tengok apa2 yang patut. Dah pukul 6 lebih baru call katanya dah otw ada atas bridge. Nasib baik aku dah mandi semua.


Melompat aku bersiap. Ingat nak datang umah aku dulu, boley juga tolong fixed aku punya mangga pintu yang dah kopak tu. Jahat tau dorang tunggu aku kat tepi pantai dekat dengan Agilent tu. Macam lipas kudung pegi sana dah la weekend gate nak hala ke sana tutup. Leceh gila duduk kat area FIZ nih. Biarkan dorang pulak menunggu aku. Muahaha.. Mak bawak sambal udang, fav aku yo! Lauk lain x pandang makan nasi dengan sambal udang je. Layan gile makan kat tepi pantai time magrib. Tak pernah di buat orang ok! Janji perut kenyang.


Malam tu we ols pegi pesta kat Sg. Nibong. Tak jauh pun dari umah aku. Tapi jalan punyalah jam ya ampun. Nak je terjun dari kete pastu jalan kaki sampai tapak pesta. Kang abes pulak tenanga aku dah baru je isi tank tadi dengan super marvelous sambal udang mak kan. rugi2.. Abang aku sebijik kete aku sebijik kete. Dah jam ni tau lah, nak follow pun kena mencelah je. Kalo x sorang ke utara sorang ke selatan lah jawabnya. Abang aku ni stock yang seboleh2 nya nak parking VVIP. Depan2 pintu masuk dia nak park. Tensian aku tau. Last2 turun2 kan mak2 budak dengan yang kecik2 dulu. So aku dengan aba
ng masih cari parking macam orang gile. Dia dah kemana2 dah. Tak kosa aku nak follow dia lagi. Last2 parking jugak jauh. Menapak jauh gile ke pintu masuk.



Patutlah ramai orang, weekend rupanya. Ni pun banyak membeli barang angah untuk E-day dia. Harga boleh tahan. Murah2 jugak maybe dah ujung2 tu stock dorang nak clearance kot.


Time ni we ols pegi mamak je. Kat pelita tu ha. Asalnya nak pegi makan tomyam kat Sg Ara kedai tomyam yang debom tu.. Tapi dah pukul 1 pagi dah. Takut plak kedai tu tutup. Abang aku beriya ajak makan kat pelita nasi kandaq konon. Nak tengok bola lah tu. Mana layan makan bihun sup kat mamak kan. Tapi apa nak buat dah orang x nak pegi ikut je lah. Tetap order bihun sup. Sekali samapi makai, ni sup ke kurma. Bak kata mak aku korang makan bihun kurma ke? Gile liat dengan bau rempah mamak nya. Belasah je lah. Tapi nak habiskan tu memang kembang temolong aku ha. Masing2 x bernapsu nak makan, dah nampak bantal je time nih. Anak buah aku pun memasing dah tido.


Mummy mia

No comments:

Post a Comment