Friday, December 16, 2011

RAMBUT-AN

Hi ppl,

Musim buah sekarang. Aku ni bukan sangat penggemar buah-buahan. Tapi kalau buah durian. Oooohhh.. maaflah memang tak berkenan. Rasa keinginan untuk makan or rasa pun sama sekali tidak. Huhu.. mungkin masa kecik mak bapak aku tak ajar makan buah durian. Serious, aku ingat lagi masa aku kinder garden baru aku kenal apa tu buah durian. Masa tu arwah tok aku ada lagi. Dia paksa aku makan tapi aku memang tak boleh telan. Last2 dia mandikan aku dengan pangsa buah durian. Itu petua orang dulu2 lah. Tapi tak makan2 jugak sampai sekarang. Pernah la rasa masa kecik. Tapi dah lupa rasa durian tu macam mana. Boleh macam tu..?

Ok itu cerita 20 tahun yang dulu. Tadi masa nak balik keje, kat simpang nak masuk rumah aku ada sorang brother ni juah buah rambutan dengan langsat. Yang sebenarnya dah banyak hari aku tengok. Terliur je sambil drive. Nak singgah beli leceh sket sebab simpang jalan tu bz benor. Silap2 parking kang kete kena sodok pulak. Dah 2,3 hari berlarutan memang tak boleh jadi mesti singgah jugak beli sekilo dua.

Aku ni memang gila sket buah rambutan. Buah lain jangan kasi tapi rambutan longgok seguni pun aku boleh habiskan.



Sila menjamu selera. Buah fresh lagi belum sampai rumah aku dah rekah. Hahaha.. Ini molek lagi keadaan kete aku. Lepas 5 minit abes bersepah kulit rambutan dalam kete. Tak sabar nak tunggu sampai rumah. Nak parking kete dah 2 minit. Nak naik tangga sampai tingkat 3 dah 3 minit. Nak bukak pintu lagi. Arggghhh.... mana boleh sabar. Cakap melahap je kan senang. Huhu..



Merah menyala je kan. Brother tu kata manis, dia kasi rasa memang manis. Dah beli bercampur2 pula. Dasar penipu... Cehhhhhhh

Mummy mia

No comments:

Post a Comment