Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

TIPS KULIT CANTIK GEBU

Hi ppl,


Siapa yang x nak kulit cantik dan gebu kan? Nak kulit cantik dan gebu moh la kita ikut petua orang dolu2.. Hehe..

  • Tomato/Apple. Parutkan tomato/apple kemudian gosokkan pada kulit muka dan leher. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air suam. Geletin pada tomato dapat menghilangkan parut pada kulit.
  • Kulit Kayu Manis. Tumbuk kulit kayu manis dan campurkan bersama bedak sejuk. Sapukan di seluruh kulit muka. Kulit kayu manis dapat menghilangkan parut jerawat dan melicinkan wajah.
  • Kulit Pisang Emas. Bahagian kulit pada pisang emas boleh menghilangkan parut di wajah dengan mengosok kulit pisang kepada kulit muka.
  • Susu. Ambil segelas susu segar dan sapukan pada kulit muka sehingga susu rata dan kering. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam. Susu dapat melicinkan kulit muka dan mengebukan kulit.

If uols seorang yang pemalas gile bab punye lah, leceh nak sediakan bahan2 yang senang gile di cari seperti di atas, atau mungkin dalam bahasa yang molek anda ni seorang yang up to date, bukan old fasion punya orang.

Meh nak kongsi cara yang lagi senang. Aku memang amek supplement tambahan seperti vitamin E dalam bentuk capsule. This review is for the oil, not the pill.



Mula2 skali amek 1 biji capsule vitamin E yang u ols makan tuh. Capsule tu bukan saja di buat makan tp bley di guna kat luaran. Potong sedikit bahagian capsule tu, then amek cecair yang kat dalam tu. Sapukan di seluruh bahagian muka. Biarkan selama 30 minute dan cuci dengan form. Jangan ko guna air suam pulak. Memang x lut lah ok.

So I began using Vitamin E oil from rite aid I bought, and began applying to my skin at night. Eventually, as the days worn on, kulit muka akan menjadi lebih halus. Selamat mencuba!




Motip makcik tua tu nampak cun je adalah di sebabkan Rescare BB Cream. Sumpah aku sendiri x tau product dari mana. Cuba u ols Google. Mesti berlambak2 akan recommended kan korang dengan benda alah ni. Sape2 pernah guna bley la share2 kat sini hasilnya. Hehe.

Mummy mia


Thursday, November 25, 2010

TIPS GIGI PUTIH


Hi ppl,


Gigi kalau senyum nampak macam isi durian memanglah amat memalukan. Jadi haruslah kita menjaga gigi agar nampak putih berseri. Gigi tu kan aset utama seseorang selepas rambut. Jom kita belajar macam mana nak gigi putih bersih.




  1. Jangan hisap rokok. Merokok dapat meninggalkan karat di gigi. Lagi pun merokok tidak ada untung selain mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan kita.
  2. Hindari makanan yang bergula atau makanan yang manis. Setidaknya minum air yang banyak selepas memakan makanan yang manis.
  3. Minum banyak air kosong/masak. Ini bertujuan untuk membersih gigi daripada sisa makanan yang terlekat di celah gigi.
  4. Makan apple hijau. Apple hijau mengadungi sejenis asid yang dapat membersih gigi secara semulajadi. Selain itu apple hijau terdapat kalsium yang tinggi untuk gigi kita.
  5. Konsumsi kismis. Menurut penelitian Christine D. Wu dari universitas Illinois di Chicago, AS, menunjukkan bahwa kismis mengandung senyawa yang dapat melawan bakteri penyebab kerosakan gigi dan gusi.
  6. Yang paling penting adalah berus gigi secara teratur dengan menggunakan berus gigi berbulu halus. Jangan gunakan berus gigi yang terlalu keras contohnya berus gigi Rm1.00 di pasar malam tu.



Mummy mia

Sunday, November 14, 2010

TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA


Hi ppl,



Aku tau ramai yang akan tempuhi keadaan di mana kita akan menghadiri sesi temuduga. Tak silap aku pun telah menghadiri lebih dari 10 interview. Jom kita tengok tips kali ini.



TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA






1) Persi
apan Sebelum Menghadiri Temuduga
- Buat kajian berkenaan syarikat dan pekerjaan yang dipohon
- Berlatih untuk menjawab soalan yang bakal diajukan
- Yakin dengan diri sendiri
- Penampilan diri yang sesuai


For women





For men




2)Tips Semasa Temuduga
- Berpakaian kemas
- Bersopan dalam komunikasi
- Jawab soalan dengan tenang dan yakin
- Sentiasa senyum dan kawal pergerakan mata
- Jawab soalan dengan jawapan yang ringkas, tapi padat
- Fokus pada kekuatan/kelebihan anda
- Bertanya soalan yang berkaitan


3) Perkara-Perkara yang Perlu Dielakkan
- Terlupa membawa resume dan sijil-sijil berkaitan
- Berpakaian tidak sopan/selekeh/menjolok mata
- menjawab dengan jawapan yang meleret
- Terlampau yakin
- Bertanya terlalu kerap soal gaji


4) Kelemahan yang boleh dielakkan
- Terlalu memilih pekerjaan
- Mengharapkan gaji permulaan yang tinggi tanpa pengalaman yang mencukupi
- mudah putus asa


5) Harapan Majikan
- Boleh berkomunikasi dengan baik (Communication Skills)
- Berdikari dan boleh dipercayai
- Menepati masa
- Belajar untuk mengutamakan perkara yang penting
- Menunjukkan inisiatif yang tinggi
- Pemikiran kreatif dan kritis
- Terbuka menerima kritikan



Base on my experience:
  1. Mampu berkomunikasi dengan baik, jawapan yang diberikan dengan yakin, dan kemahiran bahasa inggeris (pertuturan dan penulisan)
  2. Antara soalan yang biasa ditanyakan adalah ( What is Your Strength and Weakness, What Do You See Yourself in 5 years time, Why do you think you are the best for this job, why you want to switch job, and etc)
  3. Pengalaman mematangkan dan memahirkan diri. Bila da banyak kita menghadiri temuduga baru la kita nampak kelemahan kita apa. Jadi dari situ kita belajar dan cuba perbaiki.
  4. Temuduga lebih sukar dari kerja yang bakal dilakukan apabila berjaya mendapatkan kerja tersebut kita bersaing dengan ramai orang dan satu kesilapan kecil boleh menggagalkan peluang.
  5. Eye contact mesti dijaga. Cuba pandang mata mereka dan elakkan mengata perkara yang buruk tentang boss anda (jika bertukar kerja), terlampau yakin dan menjawab tergagap-gagap. Biarlah menjawab tidak laju tapi terang dan jelas.

Mummy mia


Thursday, October 21, 2010

TIPS KEKAL DARA


hi ppl,




Wah tajuk n3, teruja la tu ko nak tau. Meh nak kongsi sikit tip2 yang amat berguna ni.


Tips ini adalah untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.


('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.



Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.



Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:



(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,


56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),


(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,


(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Mummy mia


Saturday, October 16, 2010

TIPS LEBATKAN/PANJANGKAN BULU MATA

hi ppl,



Ok guys, bila umur kita akan meningkat adakah bulu mata kita akan berkurangan? ada yang mengatakan YA yang bulu mata seseorang itu akan berkurungan sama seperti rambut kita bila sudah tua. Kena tunggu tua dulu lah ye kalo aku nak prove kan.


Bulu mata aku ibarat hidup segan mati tak mau. sedang2 je nak kata pendik pun x nak kata panjang pun x. tapi yang pasti tidak lebat. Jadi untuk kelihatan bulu mata panjang aku gunakan Volum Express Mascara Hypercurl from Maybelline. Memang terbaek lah. Bulu mata akan nampak panjang dan lentik lagi. Selain itu u ols bley cuba petua nih:


  • Guna buah keras pastu tumbuk2 sampai kuar minyak. Amik minyak tu sapu kat bulu mata.

  • Kepada sesiapa yang berani tu, bley la guntingkan sedikit bulu mata anda. Jangan gunting semua pulak nanti mata u ols x bley nak tutup. susah jadinya..

  • Artis barat Catherine Zeta Jones, dia guna lip balm Vaseline Petroleum Jelly
    untuk melentikkan bulu matanya.



Dalam banyak2 tu yang mana menjadi pilihan hati. aku nak buat yang no. 2 tu lah. cepat dan tidak menyakitkan. ehehe.. Pakai fake eyelashes sudeh.



Alahai dah macam kipas dah ha. sesak2 bley pakai buat kipas bila panas.





Mummy mia

Wednesday, February 17, 2010

TIPS MEMILIH KASUT

hi ppl,



Kamu-kamu semua mesti pengemar kasut yang berjenis kulit. Tapi...
Awas!!! Kasut diperbuat dari kulit babi sangat murah berbanding kasut yang di perbuat dari kulit2 binatang yang lain.




BAGAIMANA UNTUK MEMBEZAKAN KASUT ITU DI PERBUAT DARIPADA KULIT BABIES?


  • Terdapat 3 titik dalam satu tompokan


  • Kebiasaannya terdapat pada bahagian dalam kasut





  • Paling banyak di dapati pada kasut wanita/kanak-kanak





  • Harga amat murah jika dibandingkan dengan barangan kulit yang lain



Patutlah Babies buat protes besar-besaran. Mana taknya abes mak bapak dan adik abang dorang manusia buat jadi kasut. Bahananya manusia dah di serang H1N1. :)



Mummy mia