Saturday, June 30, 2012

AKTIVITI HARIAN


Hari ni keja tak banyak
Awal-awal pagi je sibuk buat itu ini
Kebetulan kat CT2 ada training apa ntah
So aku tak terlibat sebab aku just handle CT1
Tapi semak ok sebab bila ada training bos-bos besar akan turun
Time ni la semua orang dok berlakon bagai
Yang selalu mengular tak pernah lekat kat CT room tetiba ada
Dasar kan!
Nasib masa dorang ni tengah training aku memang mem'bizi'kan diri
Tapi aku tak purak-purak
So bila bos aku masuk tengok pekerja harapan dia sibuk sampai tak pandang bos langsung
Dia pun tak berani nak kacau aku
Kalau tak kemain nak tanya itu ini
Huarrghhhh tak suka tau nak escalate kat bos ni
Nak-nak bos jenis kalau tanya 5W1H sekaligus
Tau? Tau?
What, Where, Why, When, Who and How
Ada paham..
Ni format untuk essay masa secondary school
Ingat tak..
Pitam nak jawab tau kena adapt dengan orang macam ni

Break tadi pergi surau
Aku jenis pemalas nak remove make-up pastu nak pakai balik
Dah tu jawabnya zohor combine dengan asar
Huhuhu.. gila buruk perangai
Tengah-tengah tunggu asar boleh plak tertido
Stock tido sambil duduk
Terlintuk-lintuk macam lalang ok
Hahaha..

Asyik-asyik tengok jam
Punctual datang keja dan punctual balik keja
Muahaha.. kadang-kadang 6.50pm dah caw..
Sebab aku rasa aku datang awal 10 minit
So harus balik pun awal 10 minit
Boleh macam tu?
Tetiba teringat pasar malam kat Sg. Ara
Terus call adik angkat aku ajak temankan
Cun-cun nak balik Gegal sms

Gal : Lapar la plak
Boi : Tadi tak makan ke?
Gal : Makan tengahari je
Boi : Owh.. kesian Gegal (motif jawab makan tengahari je?? Derrrr..)
Gal : Jom keluar
Boi : Dah agak. Hehe..

Drama sangatkan Gegal ni
Konon lapar gila sebab makan tengahari je..
Hello aku ni yang tak makan apa dari pagi rilex je
Dasar perut dinasour. Muahaha..

Tak suka tau!
Gegal suka sangat buat suprise
Kalau tetiba datang buat suprise kasi Cheesy Bites Steak Pizza ok lah jugak
Ni dah plan nak pegi pasar malam baru nak cakap
Benci benci benci
Erhhhh.. ngada plak
Pegi pasar macam lipas kudung
Beli popia basah dengan kopok lekor je
Derrrrr...
Tu pun untuk Gal
Apa motif aku beli makanan kat dia nih
Mungkin tadi sms dia meng'saiko' kan kepala otak aku
So terus lupa hajat aku sebenar nak beli makanan untuk aku
Muahaha.. Habis aku nak makan apa?
Pastu hantar adik angkat aku balik rumah
Dengan jalan jam nak mam..
Stress okeh!

Otw nak gerak datang kat aku Gal sms lagi
Ntah apa lagi plan dia kan..

Gal : Ingat nak pegi PC fair kat pisa
Boi : Dah pukul berapa sempat ke? (woi dah malam kot, tak beragak betol)
Gal : Tu lah, jalan jam la plak. Takpe lah tak sempat sabtu ni je pegi
Boi : Lupa harini Jumaat. Jalan jam. Patutnya naik motor je
Gal : Lupa la.. Penat la macam ni. (ni mesti penat nak tekan clutch sebab keta dia manual)


Hahahah.. dalam hati dah suka gila
Sebab tak payah teman pegi PC Fair tu
Jenis-jenis Gegal ni kalau tengok barang macam hapa lagi
Lelama pastu habis semua tempat dia melawat
WTH sangat kan.. Hahaha..
Terbalik, patutnya pompuan la macam tu kennnnn..
Boleh pitam kalau pergi shopping dengan dia

By 9p.m baru kedek-kedek nak sampai
Kesian gegal muka penat sangat
Tapi kesian lagi aku yang tak cukup rest ni
Bukak-bukak pintu kereta...tetiba

Gal : Erh bau apa ni?
Boi : Ni ha kopok lekor. Pegi pasar malam tadi (sengih-sengih macam kerang busuk)
Gal : Hah.. kat mana?
Boi : Sg Ara
Gal : Pegi dengan sapa?
Boi : Grrrrr... (banyak pulak soalan)

Dalam kete layan makanan yang aku beli kat pasar malam tadi
Pastu siap kata aku beli kopok lekor kat pasar malam bersebab
Kan aritu dia suruh aku goreng kopok ikan yang beli kat ganu
Tapi aku tak goreng-goreng jugak
Tak da masa kot, padahal malas
Muahaha.. so dia ingat aku nak rasuah dia dengan beli kopok lekor express
Hello... boleh dia pikir macam tu
Sentap mak timah tau

Tapau eskrim stoberi kat Mydin
Hantu eskrim, bukan aku tapi dia
Pegi Queensbay parking then layan eskrim dalam keta
Kenyang makan masing-masing mata kuyu
Hahaha.. lawak ok tido dalam keta
Padahal nak pegi makan nasi ayam heaven tu
Dengan aku sekali terlelap
Sedar-sedar dah pukul 12.15am!
Wah.. tak kelakar ok
Kalau tau nak tido dalam keta baik bawak selimut dengan bantal sekali
Tu pun puas kejutkan Gal suruh bangun

Pegi nak makan nasi ayam dah habis
Bengang tau
Dah la last night we ols pegi pun sama jugak
Nan adooo.... laris gila nasi ayam kat situ
No choice la kan, so makan kat Seagate je lah
Tempat paling dekat
Makanan tak sedap, ok-ok je lah

Balik tu ajak Gal tengok rumah yang aku nak beli tu
Dekat I-Park
Nasib baik dah google awal-awal
So pergi cari senang je jumpa
Tapi baru nak bulid-up
Tak siap lagi
Harap-harap tak dapat la rumah tu
Sebab 1st choice kat Halaman Kenanga
Kat Lip Sin nun
Situ baru sempoi, ada value der..
Tapi kalau rezeki kat tempat lain terima je lah
By hook or by crook, once dah dapat rumah memang nak move
Tak nak sewa lagi
Biar bayar lebih sikit janji rumah sendiri
Ye dakkkk????? I'allah


Mummy mia

No comments:

Post a Comment